Liverpool bakal kehilangan Salah, Van Dijk dan Alexander-Arnold

Iklan
Kontrak Salah akan tamat pada 30 Jun dan ketika ini masih tiada pembaharuan kontrak rasmi kepada mereka oleh Liverpool.

JENDELA perpindahan Januari yang bermula hari ini bermakna trio Liverpool Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold bebas untuk berbincang dengan kelab lain menjelang kontrak mereka yang akan berakhir pada musim panas ini.

Pemain di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki enam bulan atau kurang dalam kontrak mereka boleh berunding dengan kelab bukan Inggeris dan menandatangani perjanjian prakontrak yang akan menyaksikan mereka menyertai pasukan baharu sehari selepas tamat tempoh perjanjian mereka.

Iklan
Iklan

Kontrak Salah, Van Dijk dan Alexander-Arnold akan tamat pada 30 Jun dan ketika ini masih tiada pembaharuan kontrak rasmi kepada mereka oleh Liverpool.

Pasukan di Arab Saudi telah lama dikaitkan dengan perpindahan untuk Salah, manakala ESPN melaporkan bahawa presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi telah berhubung dengan ejen pemain antarabangsa Mesir itu, Ramy Abbas berkenaan masa depan pemain berusia 32 tahun itu.

Iklan

Salah berkata, dia masih belum menemui kata putus berkenaan kontraknya di Liverpool selepas menjaringkan satu gol dan mencipta dua lagi gol dalam kemenangan 5-0 di West Ham United baru-baru ini.

Kapten Liverpool, Van Dijk pula telah menolak kontrak awal yang ditawarkan kelab dan mengesahkan pada November bahawa perbincangan mengenai pelanjutan perjanjiannya sedang berjalan.

Iklan

Alexander-Arnold pula telah menarik minat daripada Real Madrid dan Liverpool menolak pendekatan daripada gergasi Sepanyol tersebut untuk menandatangani pemain pertahanan kanan itu pada Selasa.

Ketiga-tiga mereka memainkan peranan penting dalam kejuaran EPL buat Liverpool dalam kempen pada 2019-20 dan kemenangan Liga Juara-Juara pada 2019.

Mereka juga telah memenangi Piala FA (2022), Piala Carabao (2022, 2024), Piala Super UEFA (2019). ) dan Piala Dunia Kelab (2019) semasa mereka di Anfield.