Berita buruk buat peminat Manchester United

Iklan
Amorim

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim memberi bayangan tiada pemain baharu yang akan dibawa masuk pada jendela perpindahan Januari ini sekali gus menjadi berita buruk buat peminat pasukan itu.

Menurut Amorim, United tidak menyediakan dana dan sekiranya mahu mendapatkan pemain baharu, kelab perlu menjual pemain sedia ada dalam pasukan.

Iklan
Iklan

"Kami tidak mempunyai kemungkinan itu (membeli pemain baharu) pada Januari jika kami tidak menjual beberapa pemain terlebih dahulu.

"Anda lebih tahu situasi ini daripada saya. Saya tidak boleh hadir ke sini dan membelanjakan wang (untuk membeli pemain baharu)," katanya selepas kekalahan kepada Newcastle United pada Khamis.

Iklan

Kehilangan tiga mata kepada Newcastle United merupakan satu lagi aksi menyedihkan buat United musim ini menyebabkan pasukan itu kini berada di kedudukan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Red Devils hanya mencatatkan tujuh kemenangan daripada 19 perlawanan terakhir dan mereka bakal berdepan tugas lebih getir menentang pendahulu EPL, Liverpool pada Ahad.

Iklan

Jika mereka tidak dapat bangkit dalam baki perlawanan akan datang, United berkemungkinan besar tersingkir daripada saingan EPL musim depan.

Kehadiran pemain baharu sudah tentu sangat diperlukan Amorim yang mahu memperkuatkan pasukan dan menyesuaikan pemain dengan corak taktikalnya.