Bina negara bebas ketidakcekapan, politik janji kosong - Pemuda Pas

Iklan
Afnan Hamimi

SHAH ALAM - Suara anak muda penting dalam membina negara yang lebih adil, makmur dan bebas daripada ketidakcekapan serta politik janji kosong.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu-isu rakyat dan memastikan suara generasi baharu itu tidak dipinggirkan.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, Pemuda Pas juga tidak dapat menutup mata terhadap kelemahan nyata pentadbiran kerajaan yang didakwa seolah-olah gagal memahami denyut nadi rakyat.

"Pelbagai janji untuk menurunkan kos sara hidup, memperbaiki sistem pendidikan dan menyediakan peluang pekerjaan hanya retorik tanpa tindakan nyata.

Iklan

"Lebih parah, pengurusan ekonomi lemah dan dasar tidak konsisten mengakibatkan tekanan hidup semakin memburuk.

"Ketelusan dilaung-laungkan oleh kerajaan itu juga hanyalah topeng, apabila projek mega melibatkan dana rakyat sering kali diputuskan tanpa ketelusan dan kajian menyeluruh," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Dakwa Afnan Hamimi, pentadbiran tersebut dilihat merugikan negara dan mencalarkan kepercayaan rakyat, terutama anak muda yang mengharapkan perubahan bermakna.

Kata beliau, Pemuda Pas akan terus menjadi wadah perjuangan anak muda, membela suara mereka dan membawa solusi berasaskan prinsip Islam.

"Kami juga bertekad untuk memantapkan organisasi Pemuda Pas, menjadikannya lebih relevan, inklusif dan progresif di mata anak muda negara ini.

"Dengan kekuatan jemaah yang padu, kami akan memastikan Pemuda Pas bukan sahaja menjadi pembela rakyat, malah platform terbaik untuk anak muda menyumbang kepada pembangunan negara," ujarnya.