RANTAU PANJANG - [DIKEMAS KINI] Kerajaan melalui Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyasarkan mengurangkan dan menutup terus 169 lintasan haram yang dikenal pasti di sempadan Malaysia-Thailand tahun lalu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, agensi itu juga bersedia memantau dan mengawal aktiviti jenayah termasuk penyeludupan barangan, pengedaran dadah dan senjata api.
Menurut beliau, walaupun menghadapi cabaran namun penting untuk menekankan pelbagai manfaat agensi itu terutama kepada penduduk yang tinggal di kawasan sempadan khususnya di Rantau Panjang.
"Langkah kawalan sempadan yang dipertingkatkan akan membawa kepada peningkatan keselamatan dan yang penting mengurangkan jenayah rentas sempadan dan aktiviti penyeludupan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rintis AKPS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada Rabu.
Beliau turut memberitahu, usaha penambahbaikan yang bersesuaian akan dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian AKPS Fasa Pertama di 21 lokasi pintu masuk seluruh negara berjalan dengan sempurna.
"Program operasi rintis ini juga merupakan langkah strategik kepada sebahagian daripada usaha merealisasikan Amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk memperkasakan kawalan sempadan dan sebagai fasilitasi pengembara," katanya.
AKPS yang mula beroperasi pada 1 Januari 2015 berperanan memeriksa dan mengawal individu memasuki atau meninggalkan Malaysia, memeriksa barang yang dibawa termasuk kuarantin tumbuhan dan haiwan.
Agensi itu turut mencegah serta menyiasat kesalahan semua dokumen berkaitan fungsi AKPS serta mengurus kompleks serta pintu masuk negara.