Terima upah sindiket RM1,000 conteng guna cat merah

Iklan
Polis menahan tujuh remaja lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan menconteng menggunakan cat merah di premis perniagaan di Tampoi. Gambar hiasan. Gambar kecil: M Kumar

JOHOR BAHRU - Polis menahan tujuh remaja lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan menconteng menggunakan cat merah di premis perniagaan di Tampoi.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 18 tahun itu ditahan menerusi Op Cantas yang dilakukan selama dua hari bermula 19 Disember lalu.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kumpulan ini aktif di Johor Bahru sejak November lalu selain mengaku terbabit enam kejadian khianat lain di bandar raya ini, Seri Alam dan Iskandar Puteri.

"Ahli kumpulan mendapat upah antara RM500 hingga RM1,000 daripada kumpulan sindiket untuk melakukan khianat simbah cat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Kumar, polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga BLM, dua buah motorsikal, tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, pakaian, satu topi besbol, empat topi keledar dan satu tin cat berwarna merah yang mempunyai kaitan dengan kes disiasat.

"Kes disiasat mengikut Seskyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu," katanya.