MELAKA - Seorang pengarah urusan syarikat swasta direman enam hari bermula Rabu hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes rasuah disyaki menjual gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri.
Perintah reman terhadap lelaki berumur 62 tahun yang bekerja di Selangor dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S R Arthana di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).