Dua lelaki diberkas kes bunuh wanita di hotel bajet

Iklan
Seorang wanita ditemui mati dalam bilik hotel bajet di Taman Mawar, Puchong dipercayai dibunuh pada Selasa.

SERDANG - Dua lelaki warga asing ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan penemuan mayat seorang wanita dalam bilik sebuah hotel bajet di Taman Mawar, Puchong dipercayai dibunuh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, makluman berkaitan mayat mangsa berumur lingkungan 30-an diterima pihaknya kira-kira jam 10.15 malam.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang juga merupakan warga asing itu dilapor ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah dipercayai dibunuh di dalam bilik hotel berkenaan.

"Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, hasil siasatan kemudian membawa kepada tangkapan dua suspek berumur 39 tahun di kawasan Bukit Puchong pada Rabu.

"Dua suspek terbabit yang diberkas kira-kira jam 3 pagi direman sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Proses bedah siasat terhadap mangsa dijalankan di Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam bilik sebuah hotel bajet pada Selasa.