Kedah sasar enam juta pelancong sempena TMK 2025

Iklan
Muhammad Sanusi (lima dari kanan) bergambar bersama artis kebudayaan negeri Kedah yang turut menyambut pelancong di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Rabu.

KUBANG PASU - Kedah menyasarkan kemasukan pelancong seramai enam juta orang sepanjang tahun ini sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, lebih 150 acara pelancongan juga telah disusun sepanjang tahun ini untuk menarik kedatangan pelancong

Iklan
Iklan

Katanya, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan booklet atau senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kedah.

"Buku-buku itu telah diedarkan kepada pemain-pemain industri pelancongan di seluruh negara.

Iklan

"Kita juga menjalinkan kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mengadakan promosi di luar negara, saya harap tahun 2025 ini akan menjadi titik mula kepada kebanjiran pelancong untuk datang ke Kedah sama ada pelancong domestik atau pelancong antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada program TMK 2025 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.

Menurutnya, kedatangan pelancong antarabangsa iaitu dari negara jiran Thailand dilihat mampu menjadi penyumbang terbesar kerana kedudukan negara itu yang berhampiran dengan Kedah.

Iklan

"Kita tidak mempunyai sasaran khusus jumlah kedatangan pelancong dari negara tersebut ke Kedah, namun akan bekerjasama dengan pemain industri dari Thailand untuk membawa pelancong ke negeri ini,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan negeri juga berhasrat mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa di wilayah-wilayah selatan Thailand dalam pelbagai bidang khususnya pelancongan.

"Insya-ALLAH selepas ini kita akan tingkatkan lagi program-program usahasama khususnya dalam sektor industri makanan halal dan kita harap industri pelancongan dapat digiatkan lagi antara dua negara ini,” katanya.