Banjir di Kelantan, Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat
Iklan
Penduduk, Semek Mohamad, 60, (tiga, kiri) bersama anaknya, Hasrulddin Mat Hassan, 35, (kiri) serta menantu, Tengku Zafran Tengku Zahari, 28, (dua, kiri) meredah banjir selepas kediaman mereka dinaiki air. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan dan Johor pagi ini beransur pulih dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan namun di Perak merekodkan peningkatan.
Di KELANTAN, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat jam 8.30 pagi ini dengan 31 mangsa daripada sembilan keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh.
Iklan
Iklan
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.80 meter berbanding paras bahaya 9.0 meter.
Di JOHOR pula, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mangsa banjir di daerah Kota Tinggi kekal 69 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
Iklan
Beliau berkata 42 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut manakala 27 mangsa daripada lima keluarga lagi berlindung di Balai Raya Kampung Perpat.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini meningkat kepada 399 orang daripada 86 keluarga, berbanding 52 orang daripada 11 keluarga malam tadi.
Iklan
Kesemua mereka berlindung di Dewan Kampung Asli Chinggung dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Muallim, manakala paras Sungai Slim kini berada pada paras bahaya iaitu 25.41 meter berbanding paras biasa 23.50 meter. - Bernama
Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berterima kasih kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumah, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Faizul Haika Mat Khazi
Bercakap di hadapan penyokong Najib yang setia menunggu di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya, Datuk Muhammad Nizar Najib berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Ahmah Khirrizal Ab Rahman kira-kira jam 10.40 malam Sabtu yang menyatakan bahawa Sultan Pahang berkenan mengeluarkan surat pengesahan terbabit.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com