Pemuda hilang ditemukan lemas dalam kolam ikan

Iklan
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah kolam ikan di Kampung Old Stream dekat Bidor, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 23 tahun itu ditemukan terapung pada jarak kira-kira 10 meter dari tebing kolam pada 2.05 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.12 petang semalam sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan telah tidur bersama rakannya di sebuah pondok yang berhampiran dengan kolam ikan dan dilaporkan hilang.

Iklan

"Rakan beliau telah memaklumkan kepada keluarganya dan membuat pencarian, namun gagal menemukannya.

"Bapa mangsa membuat laporan polis dan meminta bantuan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sabarodzi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi. - Bernama