Lelaki maut motosikal terbabas masuk parit

Iklan
Mangsa berusia 28 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

KULAI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, maklumat berhubung kemalangan diterima pada kira-kira jam 8.40 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 135LC ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke parit di kiri jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang berusia 28 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Seng Lee, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk bedah siasat.

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Ruslan Mohamed 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai,” katanya.