Lelaki ditahan susulan penemuan mayat di bilik tidur pusat rawatan swasta

Iklan
Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam bilik tidur di pusat rawatan swasta di Pasir Puteh di sini pada Selasa. Gambar hiasan, gambar kecil: Abang Zainal Abidin

IPOH - Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam bilik tidur di pusat rawatan swasta di Pasir Puteh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa berusia 25 tahun itu daripada orang awam pada jam 7.54 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati, mangsa ditemui terbaring dalam bilik tidur dan tiada kesan jenayah pada tubuh badannya.

"Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan abdomen akibat objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan reman diperolehi selama enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh," katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran.