MERAK Jalanan hendak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca Sinar Harian kerana memberi sepenuh sokongan kepada akhbar ini.
Akhbar ini sudah melakar banyak kejayaan yang dicapai pada tahun lalu dengan menghasilkan laporan berkualiti kepada pembaca.
Pada Februari, Sinar Harian memenangi Laporan Berita Terbaik pada malam Anugerah Media Bandaraya Ipoh 2024 menerusi berita 'Ipoh Model Ekonomi Donat'.
Pada April, laporan eksklusif bertajuk 'SPRM 'ambush' raja scammer' melonjakkan Sinar Harian sebagai pemenang utama kategori media elektronik sempena Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2023.
Pada Jun, akhbar ini memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kategori Reka Letak Halaman Terbaik sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia Malaysia Press Institute - Petronas 2023 (HKM MPI Petronas 2023).
Sementara itu, Sinar Harian turut merangkul tempat ketiga bagi Anugerah Kategori Laporan Berita Terbaik.
Pada November, Sinar Harian berjaya merangkul lima Anugerah Kecemerlangan Media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2024.
Pada bulan yang sama, Sinar Harian turut mendominasi Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2024.
Wartawan, Nor Syamira Liana Nor Ashaha memenangi tempat pertama bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Khas Berita) menerusi laporan bertajuk ‘Tangki Air Bangkai’.
Sementara itu, laporan khas bersiri ‘Pegawai Keselamatan Pelindung Nyawa’ oleh Farah Shazwani Ali dan Roskhoirah Yahya meraih tempat ketiga kategori sama.
Laporan khas ‘Rumah Tak Siap, Kontraktor Lesap’ oleh Diana Azis, Siti Aisyah Mohamad, Mukhriz Mat Husin, Siti Noor Faezah Muda dan Farhana Abd Kadir.
Semoga itu, kita doakan pada tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang kepada para karyawan di Sinar Harian dan dalam masa yang sama berharap pembaca terus bagi sokongan.