'Geng gelap' teruskan tradisi zalim
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar, Naim, mendakwa perbuatan buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini dipengaruhi oleh kewujudan beberapa organisasi dalaman atau underground yang turut menghalalkan kegiatan negatif seperti mencuri, merokok dan memukul.
Menurutnya, senior Tingkatan Lima akan merekrut pelajar Tingkatan Empat dari setiap kompeni untuk diangkat menjadi salah seorang ‘buddy’ dalam kumpulan tersebut bagi meneruskan tradisi berkenaan.