Pelajar junior dibuli ala komando
Iklan
KUALA LUMPUR - Perbuatan pelajar senior membuli junior dengan mengenakan denda keterlaluan seperti diarah melakukan aksi commando rest selama dua jam dan dipaksa bogel beramai-ramai, didakwa terus berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di sini.
Bukan itu sahaja, salah seorang jurulatih di sekolah ala tentera itu juga didakwa pernah 'memaksa' pelajar merendam kaki ke dalam baldi berisi air panas menggelegak sejurus habis latihan sehingga meninggalkan luka lecur tahap dua, kononnya untuk bergurau selain menguji ketahanan fizikal pelajar.