Kejujuran Perdana Menteri amat dihargai

Iklan
Anwar Ibrahim

DALAM ucapan tahun baharu 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak semua keputusan dan dasar kerajaan popular atau cepat membuahkan hasil.

Beliau berkata, keputusan itu dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, untuk memastikan dasar-dasar tersebut memberi manfaat kepada rakyat.

Iklan
Iklan

Antara perkara yang disebutkan beliau ialah penyasaran subsidi diesel yang dilakukan pada 10 Jun lalu dan tarif elektrik.

Justeru, menurut Anwar, kerajaan turut menegaskan bahawa langkah itu perlu diambil meskipun menerima kritikan.

Iklan

Ini merupakan satu kenyataan yang jujur daripada Perdana Menteri ketika negara akan melangkah ke fasa seterusnya.

Ia juga merupakan satu pengajaran yang amat penting kepada mana-mana pihak tentang mentadbir negara bukan suatu hal yang mudah, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini.

Iklan

Memang mudah menabur janji pada masa lalu atau cuba merampas kuasa seperti Langkah Sheraton yang pernah berlaku dulu tetapi selepas hasrat tersebut berjaya dilakukan apakah akhirnya mampu berikan kebaikan kepada rakyat dan negara?

Namun inilah beban yang perlu dipikul oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin lain yang ada di belakangnya.

Pada masa ini usia Kerajaan Madani sudah masuk tahun ketiga dan ada juga kejayaan-kejayaan yang perlu diberikan pujian.

Namun banyak lagi yang perlu dilakukan kerana masih ada yang kurang berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan.

Ini juga termasuklah beberapa lagi pendekatan tidak popular yang bakal dibuat dalam tahun ini.

Untuk itu, kerajaan perlu lebih banyak usaha-usaha untuk membuat penerangan supaya rakyat faham dan tahu apa yang sedang dilakukan, termasuk usaha yang sudah berjaya dibuat.

Selain itu, akhbar ini juga ingin memberi satu teguran kepada kerajaan supaya tidak lagi bercakap tentang kisah silam, tetapi menumpukan kepada pembinaan masa depan yang gemilang.

Gunakan masa yang ada ini untuk terus meneraju perubahan dan kejayaan dan yakinlah rakyat akan terus mengenang kerajaan ini antara yang terbaik yang kita ada.

Ini adalah masa untuk mula bekerja dan bukan lagi untuk bertelagah dengan masa lalu.