Pengasingan Harimau Malaya, FAM elak impak perubahan kepimpinan

Iklan
Pemisahan Harimau Malaya dan FAM disifatkan sesuatu yang positif demi kemajuan bola sepak negara pada masa depan.

PEGUAM undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid menyifatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya adalah bagi menggantikan peranan yang dimainkan pengurus pasukan sebelum ini.

Malah jelas, Zhafri, pengasingan barisan pengurusan Harimau Malaya dan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang secara tidak langsung akan menghentikan pasukan senior negara daripada terkesan sebarang perubahan tampuk kepimpinan badan induk itu.

Iklan
Iklan

"Perubahan tampuk kepimpinan persatuan bola sepak seringkali menyebabkan keruntuhan legasi pasukan di Liga Malaysia

"Sejarah membuktikan pasukan seperti Kedah, Melaka, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak pernah merasai kejatuhan selepas perubahan tampuk kepimpinan persatuan negeri.

Iklan

"Malah lebih malang apabila terdapat pasukan yang hilang terus hilang dari radar arena bola sepak tanah air,” katanya.

"Ianya membolehkan tumpuan khusus barisan pengurusan baru Harimau Malaya hanya kepada kemajuan pasukan negara tanpa perlu terkait dgn prosedur yang rigid dalam persatuan,” katanya.

Iklan

FAM sebelum ini mengumumkan bekas pemain Kanada dan kelab liga Jerman, Eintracht Frankfurt, Robert Douglas Friend dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.

Friend yang berpengalaman dalam menerajui penubuhan dan pembangunan strategik kelab akan menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Lebih mesra dikenali Rob Friend, juga berpengalaman pembangunan stadium dan pusat latihan, menyelia semua aspek operasi kelab, pembelian pemain, pelantikan kakitangan kejurulatihan, rundingan penajaan serta pengurusan kewangan.

Dalam pada itu, Zhafri juga mencadangkan supaya Artikel 49 Statut FAM 2023 dipinda untuk memindahkan kuasa pengurusan mutlak Harimau Malaya daripada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan dipengerusikan Presiden FAM kepada CEO dan barisan kepimpinan Harimau Malaya yang baharu.

"Ini supaya peralihan ini dapat diteruskan tanpa melanggar mana-mana Artikel Statut FAM dan mengelakkan ketidakfahaman berkaitan struktur baharu pengurusan Harimau Malaya.

"CEO Harimau Malaya tidak akan masuk campur dalam urusan pentadbiran FAM dan beliau boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kejayaan atau kegagalan Harimau Malaya selepas ini.

"Ianya lebih mirip kepada peranan pengendali kelab liga di England di mana keputusan pasukan yang tidak bagus boleh menyebabkan beliau dipecat serta-merta tanpa perlu mendapat kelulusan kongres persatuan.

"Secara langsung, Presiden FAM boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengurusan persatuan dan tidak boleh dipersalahkan sekiranya Harimau Malaya gagal,” ujarnya.

Tambah Zhafri lagi, revolusi dicetuskan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail juga satu tindakan bijak bagi memastikan transformasi itu berjaya tanpa perlu turut serta dalam politik berpersatuan.

"Looking forward untuk melihat kejayaan Harimau Malaya selepas ini. Dan sebagai penyokong bola sepak saya juga mendoakan kejayaan revolusi ini,” katanya.