Bomba pantau tiga sekolah dinaiki air di Kanowit

Iklan

SIBU - Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau keadaan tiga sekolah di daerah Kanowit dekat sini malam ini yang dinaiki air di antara 0.8 dan 0.9 meter ekoran hujan lebat selama empat jam di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Balingiau, SK Sungai Tuah dan SK Ulu Bawan yang keseluruhannya melibatkan 288 murid, 46 guru dan 25 petugas.

Iklan
Iklan

"Sesi persekolahan berjalan seperti biasa pada sebelah siang tadi, namun berikutan kenaikan paras air, kesemua murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kesemuanya merupakan sekolah berasrama dengan SK Ulu Bawan mempunyai jumlah murid paling ramai iaitu 137 orang diikuti SK Balingiau (98) dan SK Sungai Tuah (53).

Iklan
Iklan

"Sehingga jam 9 malam tadi, paras air di kawasan sekolah-sekolah ini telah menunjukkan trend menurun,” katanya. - Bernama