Sebat khalayak ramai: Kalau 'tapuk-tapuk' orang tidak tahu, tiada pengajaran

Iklan
Bungsu@Aziz

PUTATAN - Pelaksanaan hukuman sebat yang dilakukan di khalayak ramai disifatkan sebagai memberi peringatan dan pengajaran kepada orang Islam di negeri ini daripada melakukan jenayah syariah.

Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, orang ramai terutama yang beragama Islam patut tahu mengenai hukuman tersebut supaya boleh diambil pengajaran.

Iklan
Iklan

Beliau yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia adalah amalan takzir iaitu terpulang kepada pemerintah sesebuah negeri atau pihak berkuasa agama untuk melaksanakannya.

"Ertinya takzir ini tidak ada satu larangan daripada syarak untuk dilaksanakan. Jadi kita ucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Terengganu kerana melaksanakan hukuman ini sesuai dengan kehendak syarak supaya falsafah hukum syarak pelaksanaan hukuman ini memberi pengajaran kepada orang lain.

Iklan

"Itu pun tidaklah di khalayak ramai, ia terpilih dan dengan syarat-syarat yang ketat. Tidak boleh ditularkan, tidak boleh dirakam video dan lain-lain, ini menepati kehendak syariah," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Haul ke-30 Tahun Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di pekarangan Taman Peringatan Tun Datu Mustapha Putatan, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebatan di khalayak ramai terhadap pesalah jenayah syariah di Terengganu pada Jumaat lalu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Sabah memang hukuman sebat di khalayak ramai telah dilaksanakan sebelum ini namun secara bersyarat.

"Saya difahamkan oleh Ketua Hakim Syariah Sabah memang dibuat, misalnya di Tawau pernah dibuat cuma saya tidak ingat tarikhnya, memang diamalkan.

"Bagaimanapun, isu ini jangan dipolitikkan dan kedua dijadikan isu agama. Jadi sekali lagi saya tegaskan perkara ini, istihadiah ertinya perkara-perkara ijtihad yang dilaksanakan pihak berkuasa Terengganu.

"Jadi ijtihad ini ia tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad yang lain, ertinya pandangan ini berdasarkan situasi yang sesuai di Terengganu," katanya.