Penganggur didakwa cabul wanita dalam tandas awam, diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Iklan
Mohamad Sopor dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang pada Khamis.

KLUANG - Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memerintahkan seorang penganggur yang dituduh mencabul seorang wanita, bulan lalu menjalani pemeriksaan psikiatri sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Majistret Mustakim Sukarno mengeluarkan arahan itu kepada Mohamad Sopor Nasir, 34, ketika pertuduhan dibaca semula di mahkamah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang wanita di dalam Tandas Awam Wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada jam 5.20 petang 17 Disember 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes selepas menerima laporan pemeriksaan psikiatri untuk menetapkan hukuman.

Iklan

Sebelum itu, pada 19 Disember lalu, Mohamad Sopor mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.