Skandal MBI: Hanya bekas kakitangan dipanggil SPRM - Saipolyazan

Iklan
Saipolyazan (kiri) melakukan tinjauan di tapak runtuhan Kolam Takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) mengesahkan beberapa individu dipanggil Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah konsesi perlombongan pasir hanya membabitkan bekas kakitangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop berkata, setakat ini, tiada kakitangan semasa MBI dipanggil berhubung dakwaan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, tiada kakitangan yang digantung kerja dalam syarikat atau anak syarikat MBI berkaitan dengan skandal tersebut.

"Tidak ada tindakan dalaman dilakukan (terhadap kakitangan) sehinggalah penyiasatan selesai dan juga keputusan dibuat di peringkat SPRM.

Iklan

"Tindakan hanya akan diambil setelah siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh SPRM serta Pejabat Peguam Negara," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serahan Sumbangan Bakul Yayasan MBI di tapak runtuhan Kolam Takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau memberitahu, MBI akan bekerjasama dan memberi maklumat diperlukan oleh SPRM bagi merungkai kes berkenaan.

"Saya percaya SPRM sedang menyelesaikan isu siasatan tersebut dan mendapatkan pandangan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safe house' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.

Susulan itu, SPRM dilaporkan menggeledah dua lagi tempat dipercayai dijadikan sebagai safe house oleh seorang ahli politik berpengaruh iaitu membabitkan sebuah pejabat dan satu lagi tempat yang tidak diperincikan.

Penggeledahan di dua lokasi terbabit membawa kepada penemuan wang bernilai kira-kira RM321,000.