Waspada perangkap pintu-pintu syaitan, elak diri daripada terjerat

Iklan
BERHATI-HATILAH dan sentiasa berwaspada agar tidak terjebak dengan pintu-pintu syaitan. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

APABILA memasuki tahun baharu, ramai memperbaharui azam yang sudah tentu membawa perubahan diri ke arah lebih baik.

Bagaimanapun, proses transisi sebegitu sememangnya berhadapan pelbagai rintangan termasuk hasutan dan godaan syaitan hingga adakalanya sukar untuk dicapai.

Iklan
Iklan

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsikan lima pintu syaitan yang besar untuk kita jauhinya.

Berikut pintu-pintu syaitan yang dimaksudkan sebagaimana disiarkan dalam laman web Maktabah Albakri:

Iklan

1. Hasad dengki

BETAPA buruknya sikap hasad dengki itu apabila ia boleh ‘memakan’ kebajikan seseorang. -Foto: CANVA

Iklan

Menurut Imam Al-Jurjani dalam kitab At-Ta’rifat, hasad bermaksud bercita-cita untuk menghilangkan nikmat orang yang didengkinya agar ia berpindah kepadanya.

Betapa buruknya sikap itu apabila ia boleh ‘memakan’ kebajikan seseorang.

Ia sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sifat hasad dengki itu boleh memakan kebajikan-kebajikan sebagaimana api memakan kayu api.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Bazzar, Abu Ya’la dan Al-Qadha’i)

2. Marah

Apabila seseorang dikuasai sifat marah, ia boleh menghilangkan pertimbangan mereka dan tindakan diambil pula lebih kepada mengikut hawa nafsu.

Ketika menasihatkan seorang lelaki apabila dia berkata kepada Rasulullah SAW: "Wasiatkanlah kepadaku.” Sabda Baginda:"Janganlah marah.” Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda:"Janganlah marah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Menerusi kitab Al-Kafi Syarah Hadis 40, Rasulullah SAW menerangkan bahawa kemarahan itu daripada syaitan.

3. Cintakan kemegahan dan perhiasan

Menurut Ibnu Al-Qayyim dalam Ighathah al-Lahfan: "Pencinta dunia tidak akan terlepas daripada tiga perkara iaitu: kesedihan (kegelisahan) yang terus menerus; kelelahan yang berterusan dan penyesalan yang tidak akan pernah berhenti.”

4. Terlalu kenyang

Perbuatan itu boleh membawa kepada kuatnya syahwat yang menyibukkan diri daripada mentaati ALLAH SWT.

Kata Imam Ahmad bin Sahl, musuh-musuh kita terbahagi kepada empat iaitu:

TERLALU kenyang boleh membawa kepada kuatnya syahwat yang menyibukkan diri daripada mentaati ALLAH SWT. -Foto: CANVA

i. Dunia - Senjatanya ialah makhluk, sedangkan penjaranya adalah uzlah.

ii. Syaitan - Senjatanya adalah kenyang, sedangkan penjaranya adalah lapar.

iii. Nafsu - Senjatanya adalah tidur, sedangkan penjaranya merupakan berjaga malam (dengan beribadah).

iv. Hawa nafsu - Senjatanya bercakap, manakala penjaranya adalah diam.

v. Sifat tamak.

5. Gopoh-gapah dan tindakan terburu-buru

Rasulullah SAW bersabda:"Sifat tenang itu daripada ALLAH SWT, manakala sikap tergopoh-gapah itu daripada syaitan.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Sebenarnya, ujar Dr Zulkifli, terdapat banyak lagi cara syaitan memasuki hati manusia.

"Untuk membersihkannya dan melawan segala senjata syaitan itu, banyak cara telah dikemukakan oleh para ulama untuk merawat hati manusia,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel bertajuk #7990: Pintu-pintu syaitan yang besar.