Konsert Pinkfish: Empat maut dipercayai ambil ekstasi

Iklan
Hussein.

SHAH ALAM - Siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada ambang tahun baharu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa lain yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketujuh-tujuh mangsa termasuk yang meninggal dunia juga didapati hadir secara berasingan dan tidak mengenali antara satu sama lain.

"Kesemua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

Iklan

"Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi sudah di discaj dari hospital, kesemua pesakit menunjukkan simpton yang sama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hussein berkata, pihaknya telah membuka empat kertas siasatan berkaitan kes kematian itu untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

Iklan

Hussein.

"Sehingga kini, kita telah menerima enam laporan polis daripada pihak PPUM dan HKL.

"Pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah termasuk punca kematian," ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak enam individu telah dirakam bagi membantu siasatan.

"Kita akan merakam keterangan beberapa individu lagi termasuk penganjur konsert serta akan-rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627222 atau balai berhampiran," ujarnya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian empat individu terbabit.

Pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).