Panel kotak suis pam di Stesen Sistem Aliran Ringan (LRT) KLCC terbakar petang ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanann II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohamed Azimin Mohamed Zahidi, mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang.
Sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman. Foto Bernama