Hafizu Zaidi, 13, teruja menunjukkan hasil tangkapan anak ikan yang diperoleh dengan penyauk di Kampung Siram, Pasir Mas, hari ini.
Banjir termenung yang belum surut di beberapa kampung di Pasir Mas membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan anak ikan muncul sejak beberapa hari lepas.
Kawasan sepanjang jalan Kampung Siram menjadi tumpuan penduduk yang mengambil peluang menyauk ikan, dengan tangkapan hampir 90 kilogram sehari untuk dijual. Foto Bernama