Henti buat spekulasi kes lelaki ceroboh masjid

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan lelaki memasuki ruang masjid.

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka berhubung kes gangguan melibatkan seorang lelaki di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada Rabu.

Naqib Masjid At-Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkata, berdasarkan kenyataan polis, lelaki bukan Islam itu dipercayai mengalami masalah mental sejak April 2022 dan rawatan terakhir pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Iklan
Iklan

"Anggota pengawal keselamatan masjid telah cuba menghalang pergerakan lelaki ini tetapi dia terus membuat kekecohan sehingga menggangu jemaah ingin solat Subuh jam 5.43 pagi Rabu dan turut merosakkan televisyen masjid sebelum meluru ke bahagian saf hadapan di dewan solat utama.

"Lelaki berkenaan terus bercakap seorang diri seperti dalam keadaan tidak normal, berlaku sedikit pergelutan antara dia, polis dan beberapa jemaah ketika mahu menangkap untuk dibawa ke balai polis.

Iklan

"Berdasarkan kenyataan polis, suspek mengalami masalah mental dan tiada rawatan susulan diterima.

Tangkap layar kenyataan Ahmad Fakhruddin pada Khamis.

"Polis juga telah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video berdurasi dua minit 46 saat yang memaparkan seorang lelaki membuat kecoh di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan bahawa lelaki berusia 25 tahun yang didakwa merosakkan satu unit televisyen dan kerusi terbabit mengalami masalah mental dan suspek telah ditahan.