BEIJING - Purata suhu di China pada 2024 mencatatkan paras tertinggi sejak 1961, apabila negara itu mula merekodkan pemerhatian meteorologi lengkap, lapor agensi berita Xinhua memetik Pusat Iklim Kebangsaan pada Khamis.
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.