Arteta kagum debut remaja 17 tahun di Brentford

Iklan
Nwaneri (kiri) ketika aksi Liga Perdana Inggeris di di Stadium Komuniti Gtech.

PERSEMBAHAN luar biasa ditampilkan pemain tengah berusia 17 tahun, Ethan Nwaneri dalam debut pertama Liga Perdana Inggeris ketika Arsenal menewaskan Brentford, 3-1 di Stadium Komuniti Gtech.

Nwaneri, yang menyertai Arsenal pada usia lapan tahun, menjadi pemain ketiga termuda yang memulakan perlawanan liga teratas untuk kelab London tersebut selepas bekas pemain tengah Sepanyol, Cesc Fabregas dan penyerang, Theo Walcott.

Iklan
Iklan

Kemenangan di Stadium Komuniti Gtech lebih istimewa buat Nwaneri kerana di situlah dia masuk sebagai pemain gantian untuk Arsenal pada 2022, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan Arsenal di bumi Brentford juga tanpa kelibat penyerang Bukayo Saka, pemain paling berpengaruh di Emirates musim ini, diketepikan sekurang-kurangnya dua bulan selepas pembedahan hamstring.

Iklan

Dengan kecederaan Saka, Arteta gembira The Gunners berjaya mengekalkan konsisten termasuk persembahan Nwaneri.

"Perlawanan menjadi sangat sukar kerana, sekali lagi, kami kehilangan beberapa pemain dan mempunyai masalah tertentu dalam lingkungan pasukan.

Iklan

"Kami terpaksa menangani perkara itu dengan membuat beberapa perubahan, Ethan membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris, sesiapa sahaja yang anda letakkan di sana, (mereka mempunyai) sikap yang betul, tahap prestasi yang betul dan itu mengekalkan tahap pasukan.

"Ethan pernah bermain di sini sebelum ini, jadi itu cerita yang bagus, untuk kembali kepada yang ini, saya rasa dia benar-benar tenang, benar-benar tekad, mengambil risiko, mengambil inisiatif. Sangat mengagumkan," ujar bekas anak buah Pep Guardiola di Manchester City itu.

The Bees bimbingan Thomas Frank, 51, terlebih dulu di depan apabila Bryan Mbeumo, 25, menghadirkan tuan rumah pendahuluan fantastik selepas memanfaatkan sentuhan Mikkel Damsgaard, 24, minit ke-13.

Namun Arsenal pimpinan Mikel Arteta, 42, tidak panik sebaliknya tenang kemudian menyamakan kedudukan menerusi sentuhan Gabriel Jesus, 27, untuk kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, sentuhan Gabriel Martinelli, 23, dan Mikel Merino, 28, masing-masing menambah jaringan buat kelab London itu dengan gol minit ke-50 serta m-53 untuk mata ke-39 liga hasil kemenangan ke-11.

Tiga mata itu melonjakkan Arsenal mengatasi Chelsea dan Nottingham Forest dengan 39 mata daripada 19 perlawanan mengekori pendahulu Liverpool dengan 45 daripada 18 perlawanan.

Mengulas lanjut Arteta berkata:"Kami telah melalui banyak perkara dan pasukan terpaksa berhadapan dengan banyak keadaan, mungkin yang kami tidak pernah jangkakan dan mereka masih beraksi pada tahap tertinggi, dengan sangat konsisten.

"Kami mahu menjadi lebih baik, kami boleh menjadi lebih baik, terutamanya hanya dengan margin kecil tetapi saya fikir pasukan berada di landasan yang betul.”


LIGA PERDANA INGGERIS

4 JANUARI (SABTU)

Tottenham lwn Newcastle United, 8.30 malam

Bournemouth lwn Everton, 11 malam

Aston Villa lwn Leicester City, 11 malam

Crystal Palace lwn Chelsea, 11 malam

Southampton lwn Brentford, 11 malam

Manchester City lwn West Ham United, 11 malam

5 JANUARI (AHAD)

Brighton lwn Arsenal, 1.30 pagi

Fulham lwn Ipswich Town, 10.30 malam

6 JANUARI (ISNIN)

Liverpool lwn Manchester United, 12.30 tengah malam

7 JANUARI (SELASA)

Wolves lwn Nottingham Forest, 4 pagi