Pas, UMNO: Mencipta taufan sempurna
Iklan
DALAM nada satira pada cuti tahun baharu, kolumnis Free Malaysia Today, Adzhar Ibrahim telah menulis, cuaca politik tahun ini diramalkan ‘ribut petir dengan hujan yang menggila’ – selepas diterjemah secara longgar, bukan harfiah.
Dan selepas melihat ciapan gambar tahun baharu Perdana Menteri di laman X yang sarat makna - New Year clean up, saya tidak fikir Adzhar bakal tersasar jauh dengan ramalan ribut dan hujan politik sepanjang tahun ini.