Remaja maut motosikal terbabas di LPT1

Iklan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terbabas di Kilometer 210, LPT1 arah barat di sini pada tengah malam, Khamis.Foto FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 210, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah barat di sini pada tengah malam, Khamis.

Dalam nahas kira-kira jam 11.50 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Daniel Firdaus Mohd Sukri, 17 dari Felda Lepar Hilir 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RSX dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Maran.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang remaja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan.

Iklan

"Ekoran kejadian, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, polis sedang mengesan saksi yang melihat kejadian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.