Perkasa tatakelola hasil kejayaan, tiada skandal besar sepanjang pentadbiran - Anwar

Iklan

Perdana Menteri menyifatkan pemerkasaan tatakelola yang dilaksanakan di pelbagai peringkat sebagai suatu kejayaan dicapai Kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun.

Berucap di majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam tempoh tersebut, tiada satu pun skandal besar dikaitkan dengan pentadbiran di bawahnya.