Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika tangkap ketam

Iklan
Mangsa terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di Kampung Likas, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di kawasan paya bakau, di Kampung Likas, di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Jos Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 malam.

Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Lintas.

Iklan

"Pasukan bomba terpaksa menunggu pihak Sabah Electricity untuk membuat pemotongan bekalan eletrik barulah dapat mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Agustavia berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengah malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.