Hafiz Suip akui rumah tangga bermasalah, sedia lepas isteri secara baik

Iklan
Penyanyi Hafiz Suip akhirnya mengakui rumah tangga yang dibina sejak hampir sembilan tahun lalu sedang bergolak.

PENYANYI Hafiz Suip akhirnya mengakui rumah tangga yang dibina sejak hampir sembilan tahun lalu sedang bergolak.

Ujar Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, dia dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, kini tidak lagi tinggal sebumbung dan dalam proses penceraian.

Iklan
Iklan

"Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.

"Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak," katanya ketika ditemubual dalam sebuah program hiburan.

Iklan
Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, kini tidak lagi tinggal sebumbung dan dalam proses penceraian.

Dalam masa sama, pelantun lagu Awan Nano itu bersedia untuk melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman lagi.

Bagaimanapun dalam masa sama, Hafiz berharap dalam menyelesaikan kemelut mereka tanpa campur tangan pihak lain.

Iklan

"Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.

"Kalau sudah memang tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

"Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Hafiz meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung rumahtangganya tanpa mengetahui cerita sebenar.

Sekadar info, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016. Mereka kemudian dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.