Kes bunuh Xin Yuan: Polis siasat motif mungkin selisih faham, 'overdose' dadah

Iklan
Polis menyiasat elemen perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15. Gambar kecil: Xin Yuan

SHAH ALAM - Polis menyiasat elemen perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi sebelum motif dapat diperkukuhkan dalam kes tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, berdasarkan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek termasuk teman lelaki mangsa adalah negatif dadah.

"Polis masih tunggu keputusan toksikologi sama ada si mati (mangsa) ada menggunakan sebarang bahan dadah.

Iklan

"Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), tidak boleh kata mengambil dadah atau overdose," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.

Tambah Hussein, keadaan mayat remaja yang reput ketika dijumpai menyukarkan pihak pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

Iklan

Namun, kata beliau, dipercayai teman lelaki mangsa terlibat membuang mayat kekasihnya.

"Sama ada orang lain ada bantu buang mayat itu atau tidak, ia masih dalam siasatan," ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan remaja itu sejak 19 Disember lalu terbongkar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan reput di perangkap sampah Kampung RTB Sungai Changgang, Banting pada 30 Disember lalu.

Xin Yuan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, 19 Disember lalu.

Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 16 hingga 51 tahun termasuk teman lelaki remaja perempuan itu.