Baca, terima titah Agong berhubung pengampunan banduan - PM

Iklan
Anwar meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani@KL 2. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkaitan supaya memahami dan menerima titah Yang di-Pertuan Agong berhubung permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi banduan.

"Kena baca, kena hadam, dan kena terima perintah, titah tuanku," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani@KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan
Anwar meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani@KL 2. Foto Bernama

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Istana Negara bahawa permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya sama ada kenyataan Istana Negara itu berkaitan dengan himpunan"Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan" di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin depan, Anwar berkata,"Kena baca (kenyataan Istana Negara)".

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba kira-kira 12.30 tengah hari disambut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta orang ramai yang teruja dengan kehadiran pemimpin negara itu di premis berkenaan.

Anwar turut beramah mesra bersama peniaga gerai makanan di medan selera itu dengan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. - Bernama

Iklan


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkaitan supaya memahami dan menerima titah Yang di-Pertuan Agong berhubung permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi banduan.

Datuk Seri Anwar berkata, perlu baca, hadam, dan terima perintah, titah tuanku.

Baca:

https://www.sinarharian.com.my/article/705212/berita/nasional/baca-terima-titah-agong-berhubung-pengampunan-banduan---pm

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version

#SinarHarian #BuletinTikTok #TitahAdendum #YDPA #TahanRumah #NazibRazak" />