Pelancong berpeluang berlayar dengan kapal mewah di Langkawi

Iklan
Kapal mewah Beauty Princess produk baharu di Langkawi sempena TMK2025.

LANGKAWI - Pelancong yang berkunjung ke Langkawi sempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025) berpeluang merasai pengalaman berlayar dengan kapal mewah terbesar di Langkawi pada harga mampu milik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, kapal mewah yang dikenali dengan nama Beauty Princess itu adalah antara produk pelancongan baharu di Langkawi sempena TMK2025.

Iklan
Iklan
Sekumpulan pelancong bergambar kenangan di salah satu sudut bergambar atas kapal terbabit.

Katanya, peminat sukan air sangat disarankan menyertai pelayaran berkenaan kerana banyak aktiviti ditawarkan dengan harga serendah RM129.

"Terdapat banyak aktiviti yang boleh dicuba dengan pelayaran kapal mewah ini, antaranya 'jet car' berkayak, jakuzi air masin, dan banyak lagi.

Iklan

"Jadi pelancong yang mai ke Langkawi kalau nak santai-santai tengah laut sambil tengok matahari terbenam boleh la cuba pelayaran ni,” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Langkawi Paparich Leisure Sdn Bhd, Hazani Husin berkata, walaupun baharu beroperasi pada 23 Disember lalu, namun pelancong sudah membuat tempahan sempena TMK2025 pada tahun ini.

Iklan

"Kapal mewah kita adalah yang terbesar di Pulau Langkawi buat masa sekarang dan boleh membawa 333 orang penumpang dalam satu-satu masa,” katanya.

Kapal Beauty Princess akan membawa pelancong mengelilingi pulau-pulau di sekitar Langkawi.

Menurutnya, pelancong yang belum pernah berlayar melihat keindahan pulau disaran menaiki kapal mewah berkenaan untuk merasai pengalaman unik dan menarik.

"Kita akan menjelajah hampir separuh daripada 99 pulau yang ada di Langkawi ini.

"Harga yang mereka bayar juga sudah termasuk makan dan minum yang disaji secara"free flow”. Kita harap pelancaran kapal ini akan menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi,” katanya.