TownHall Rakyat bersama MB Pahang ditunda 17 Januari

Iklan
Program TownHall Rakyat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail anjuran Sinar Harian yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini, ditangguhkan pada 17 Januari depan.

SHAH ALAM - Program TownHall Rakyat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail anjuran Sinar Harian yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini, ditangguhkan pada 17 Januari depan.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, penangguhan tersebut terpaksa dibuat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Sinar Harian akan mengemaskini maklumat berkenaan TownHall Rakyat bersama Menteri Besar Pahang dari semasa ke semasa," katanya pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Wan Rosdy menerusi hantaran Facebook turut memohon maaf kerana terpaksa menunda kehadiran ke program berkenaan.

"Saya berharap kita akan dapat bertemu pada 17 Januari ini untuk kita sama-sama berkongsi pandangan dan cadangan demi untuk kesejahteraan Negeri Pahang Darul Makmur," katanya.

Iklan

Wan Rosdy merupakan menteri besar kedua yang menjadi tetamu sesi berkenaan selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 24 Julai 2023.

Program selama satu jam 30 minit itu dilaksanakan sebagai platform mendekati rakyat bagi merungkai permasalahan berbangkit.

Ia merangkumi tiga bahagian iaitu sesi temu bual melibatkan hos iaitu pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, soal jawab bersama penonton serta segmen penutup.