Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta

Iklan
Anggota bomba yang terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian bawah kereta terbabit. Foto ihsan JBPM

PEKAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang Permatang Pasir, dekat Jalan Pekan-Paloh Hinai, pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.39 tengah hari.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Terdapat seorang lelaki dewasa tersepit di bahagian bawah kereta manakala seorang wanita dewasa iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Seorang penumpang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta. Foto ihsan JBPM

Ujarnya, pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan pengusung.

Iklan

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulan KKM.