MOSCOW - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan kemungkinan penjualan peluru berpandu udara ke udara canggih AIM-120D-3 dan AIM-120C-8 serta peralatan berkaitan kepada Jepun bernilai AS$3.64 bilion, menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan AS seperti dilaporkan oleh RIA Novosti.
"Jabatan Negara telah membuat keputusan meluluskan kemungkinan Penjualan Ketenteraan Asing kepada kerajaan Jepun bagi peluru berpandu canggih AIM-120D-3 dan AIM-120C-8, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana (AMRAAM) dan peralatan berkaitan dengan anggaran kos AS$3.64 bilion," menurut kenyataan agensi itu pada Khamis.