SEOUL - Pendakwa raya pada Jumaat mendakwa komander tertinggi Tentera Darat dan ketua unit perang khasnya berhubung peranan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang tentera yang singkat bulan lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Park An-su, yang bertugas sebagai komander undang-undang tentera dan Leftenan Jeneral Kwak Jong-keun, Ketua Komando Peperangan Khas Tentera Darat, didakwa di bawah tahanan atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa, menurut pihak pendakwaan.
Iklan
Iklan
Park mengeluarkan dekri undang-undang tentera atas namanya pada 3 Disember, yang dipercayai penyiasat mengandungi elemen tidak berperlembagaan, termasuk larangan terhadap semua aktiviti politik.
Kwak pula dituduh menghantar pasukan operasi khas ke Parlimen atas arahan Presiden Yoon Suk Yeol untuk mengawal bangunan itu dan menghalang ahli Parlimen daripada meluluskan usul menolak undang-undang tentera itu.
Pendakwa raya menggangap tindakan mereka sebagai bertujuan untuk menggugat Perlembagaan, yang membawa kepada tuduhan pemberontakan.
Kedua-dua pegawai tersebut ditahan bulan lepas. - Bernama-Yonhap
Korea Selatan, undang-undang tentera, pendakwa raya, Tentera Darat, komander