Jawi kesal jemaah masjid bersikap kasar terhadap lelaki mental

Iklan
Menerusi video tular, terdapat seorang jemaah dilihat bertindak kasar dengan menendang individu yang dipercayai mengalami masalah mental itu.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kesal insiden kekasaran terhadap seorang individu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menerusi video tular, terdapat seorang jemaah dilihat bertindak kasar dengan menendang individu itu ketika usaha menahan lelaki tersebut.

Pengarahnya, Hanifuddin Roslan berkata, perbuatan itu bukan cara Islam menangani masalah.

Iklan

Menurutnya, siasatan Jawi mendapati individu dikasari itu mempunyai masalah mental dan telah mengganggu para jemaah untuk menunaikan ibadah di masjid.

"Pihak Jawi mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM atas tindakan pantas menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Namun, Jawi amat kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu berkenaan di dalam masjid berkenaan kerana itu bukan cara Islam dalam menangani sesuatu masalah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Laporan Sinar Harian insiden kekecohan pada pagi subuh di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dalam kejadian Rabu

Katanya, rentetan kejadian itu juga, Jawi melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah meminta pihak Masjid At-Taqwa untuk meningkatkan lagi keselamatan di kawasan masjid agar kejadian yang sama tidak berulang.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video berdurasi dua minit 46 saat yang memaparkan seorang lelaki membuat kecoh di masjid berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada waktu subuh, Rabu.

Berdasarkan kenyataan polis, lelaki bukan Islam itu dipercayai mengalami masalah mental sejak April 2022 dan rawatan terakhir pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).