Solat Jumaat di surau sekolah berjalan lancar

Iklan
Solat Jumaat di Musolla SMK Medini, pada Jumaat.

ISKANDAR PUTERI - Kehadiran pelajar, guru termasuk sebahagian ibu bapa menunaikan solat Jumaat di surau atau musollla sekolah, dilihat berjalan lancar pada hari pertama sesi persekolahan pada Jumaat.

Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin pihaknya dimaklumkan tidak berlaku masalah kehadiran terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ada yang datang awal untuk solat Jumaat di sekolah, terutamanya yang bersekolah sesi petang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih belum menerima respon daripada golongan ibu bapa berhubung perkara tersebut, namun percaya mereka gembira kerana ia memudahkan lagi urusan untuk menghantar anak atau mengambil anak pulang dari sekolah.

"Hari pertama ni kita belum dapat lagi, mungkin ibu bapa gembira dengan kebenaran ini; antara sebabnya, jarak antara masjid dan sekolah jauh... jadi ibu bapa tidak perlu risau hantar anak berulang kali.

Iklan

"Setakat ini sembilan sekolah diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau yang dipanggil Musolla Jumaat melibatkan empat di daerah Johor Bahru, dua sekolah masing-masing di Muar dan Mersing serta sebuah sekolah di Kota Tinggi.

"Selain itu, kalau ada keperluan pembukaan Musolla Jumaat lagi, kita akan mohon kebenaran," katanya kepada pemberita.

Iklan

Aznan berkata demikian ketika melakukan lawatan ke SMK Medini di sini bagi melihat sendiri pelaksanaan solat Jumaat di musolla sekolah.

Sementara itu, seorang pengurus syarikat, Mohd Nizam Nordin, 49, berkata, pembukaan Musolla Jumaat itu sangat membantu komuniti setempat.

Katanya, selain lokasinya yang lebih dekat, ia dapat memastikan anak-anak sekolah berkenaan menunaikan solat Jumaat.

"Saya tinggal di Bandar Sunway Iskandar dan sebelum ini hanya ada dua pilihan untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat iaitu di Masjid Kota Iskandar dan Majid Gelang Patah yang sejauh kira-kira tujuh kilometer.

"Sekarang ini sudah buka di sini, memang bagus untuk kita, anak saya pun bersekolah di sini.

"Alhamdulillah, kerana dapat beri kemudahan kepada pelajar dan penduduk di sini,” katanya.