Arab Saudi janji sokongan pemulihan Syria

Iklan
Asaad berjabat tangan dengan Timbalan Menteri Luar Arab Saudi, Waleed Elkhereiji, semasa tiba di Riyadh, Arab Saudi pada 1 Januari 2025. Foto Reuters

ANKARA - Arab Saudi pada Jumaat menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Syria dan pentadbiran baharu negara itu, serta komitmennya untuk membantu pemulihan Syria dan memelihara perpaduan serta integriti wilayahnya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), Menteri Luar Syria, Asaad Al-Shaibani berkata,"kami menyampaikan visi nasional untuk membentuk sebuah kerajaan Syria berdasarkan keterangkuman dan kecekapan, mewakili semua komponen masyarakat Syria.”

Iklan
Iklan

"Kami juga menggariskan rancangan bagi strategi pembangunan ekonomi menyeluruh untuk menarik pelaburan, memupuk kerjasama strategik serta meningkatkan taraf hidup dan perkhidmatan awam,” tambahnya.

Arab Saudi menegaskan komitmennya untuk menyokong rakyat Syria dan pentadbiran baharu negara itu.

Iklan

Shaibani turut menyatakan kesediaan Arab Saudi untuk menyumbang kepada pemulihan Syria serta menyokong perpaduan dan integriti wilayah negara itu.

Ini merupakan lawatan pertama oleh seorang pegawai Syria dalam kerajaan peralihan baharu selepas kejatuhan rejim Assad, menandakan kemungkinan perubahan dalam dinamik serantau dan peranan Syria di dunia Arab.

Iklan

Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, mengakhiri pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Pengambilalihan tersebut berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham berjaya menguasai bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang daripada dua minggu.

Kini, pentadbiran baharu yang diketuai Ahmed al-Sharaa mengambil alih pemerintahan negara itu. - Bernama-AA