Tersinggung khutbah Jumaat tentang rasuah, anak ketua kampung 'tinju' imam

Iklan
Mangsa dipukul dan ditinju di bahagian muka. Foto hiasan Agensi

JAKARTA - Gara-gara tersinggung dengan isi ceramah khutbah Jumaat, seorang imam dianiya oleh anak ketua kampung.

Kajadian berlaku di Desa Hapung Torop, Kecamaan Sosa, Kabupaten Padang Lawas, Sumatera Utara pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Menurut peguam, Pitra Romadoni, mangsa memberitahunya bahawa insiden penganiayaan itu berlaku pada sekitar jam 8 malam Jumaat waktu tempatan.

Jelasnya, mangsa iaitu ustaz Ahmad Rizal menyampaikan khutbah yang berjudul 'pemimpin yang melakukan amalan rasuah akan diminta pertanggungjawabkan di akhirat kelak' di Masjid Al Anshor, desa Hapung Torop pada Jumaat.

Iklan

"Dalam khutbahnya dia menyampaikan inti pati bahawa setiap pemimpin bermula dari ketua keluarga hinggalah kepada ketua kampung, sekiranya melakukan rasuah akan dihitung di Padang Mahsyar.

"Mangsa juga menyentuh secara khusus bahawa sekiranya dana kampung diambil melalui rasuah maka pemimpin itu harus meminta maaf kepada warga," katanya menerusi kenyataan bertulis kepada wartawan pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, pada malam hari, rumah mangsa dilempar batu dan pintu rumahnya cuba dirosakkan.

Pendamaian di lakukan oleh pelaku dan mangsa di balai polis Padan Lawas pada Selasa lalu. Foto Agensi

"Kemudian mangsa keluar dan meminta pelaku beredar dari rumahnya.

"Tidak lama selepas itu pelaku memukul mangsa, selain meninju di bahagian mukanya berulang kali," katanya.

Semasa insiden memukul itu, pelaku turut bertanyakan kenapa mangsa seolah-olah cuba merendah-rendahkan ayahnya kepada masyarakat.

"Apa maksudmu semasa menyampaikan khutbah Jumaat? kau merendahkan harga diri ayahku, tetapi pertanyaan itu tidak dijawab oleh mangsa," kata Pitra lagi.

Perkelahian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh penduduk sekitar yang melihat insiden itu.

Mangsa mengalami luka dan bengkak selain trauma.

Kejadian itu telah dilaporkan ke balai polis Padang Lawas.

Dalam perkembangan terkini, mangsa telah memaafkan pelaku dan kes berakhir dengan damai. -Agensi