'Syukur ada polis 'escort' hingga ke hospital'

Iklan
Tangkap layar video 'dashcam' di TikTok menunjukkan polis peronda mengiringi Alya sewaktu jalan raya sesak.

SHAH ALAM - Seorang wanita tidak menyangka perjalanan pulang ker rumah selepas habis waktu kerja bertukar tragedi perit apabila dia diserang ‘angina’ iaitu sakit dada jangka pendek.

Detik cemas itu dikongsi Alia Syahirah, 30, menerusi platform TikTok memaklumkan, dia terpaksa meminta bantuan daripada Unit Kereta Peronda (MPV) polis semasa mereka sedang menjalankan tugas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian sekitar jam 6 petang itu, keadaan jalan raya sesak disebabkan orang ramai mula pulang ke rumah menyebabkan dia terpaksa berhenti untuk meminta pertolongan.

"Ketika itu saya sedang menahan sakit dan apabila ternampak pihak polis sedang berhenti di tepi jalan, saya terus beritahu saya perlu ke hospital dengan kadar segera.

Iklan

"Setahu saya, kalau seseorang terkena serangan jantung perlu dapatkan rawatan selewatnya 10 hingga 15 minit. Dengan bantuan pihak polis, saya dapat sampai ke hospital dalam waktu itu.

"Nasib saya nampak mereka, kalau tak mungkin saya dah ‘tiada’,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Alya yang bekerja sebagai eksekutif jualan di syarikat peralatan pembedahan memaklumkan penyakit angina itu salah satu kategori sindrom koronari akut (ACS) atau serangan jantung akut.

Katanya, setibanya di hospital, dia meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan terus mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan sebelum dibawa ke zon kuning.

Alya memaklumkan dia perlu ditahan wad selama tiga hari untuk dipantau oleh doktor pakar.

Katanya, dia dimaklumkan menghidap penyakit itu selepas pemeriksaan ujian elektrokardiogram (ECG).

"Selepas dirawat di kecemasan, doktor diagnos saya ada serangan jantung atau angina,” katanya.

Ditanya mengenai pemakluman kepada keluarga, Alya memaklumkan, keluarganya mengetahui berita berkenaan selepas dia berada di zon kuning.

"Semasa saya ke hospital, keluarga saya ada makan malam bersama. Jadi, saya maklumkan lewat sikit kerana tak mahu mereka risau,” katanya.