Didenda sampai cacat kekal
Iklan
SHAH ALAM - Susulan laporan eksklusif Sinar Harian baru-baru ini, seorang lagi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh tampil mendedahkan kisah tulang lutut kirinya retak dan tersembul keluar selepas diberi hukuman squat jump 360° oleh senior Tingkatan Lima.
Joseph (bukan nama sebenar) mendakwa, semuanya berlaku pada Ogos lalu apabila dia dan dua rakan beragama Islam didenda gara-gara tidur dalam kelas serta tidak solat berjemaah dengan pelajar lain.