Ancaman miskin di usia persaraan
Iklan
"TAK lama dah ni,” seloroh ayah saya, seorang pesara kerajaan ketika menyambut usia persaraan belasan tahun yang lalu. Beliau baru menyambut hari lahir ke-78 dua minggu lalu.
Walaupun ayah masih sihat, namun realiti kehidupan sebagai pesara jauh berbeza daripada jangkaannya. Pencen bulanan RM1,500 yang dahulunya mencukupi kini semakin terhakis kuasa belinya, jauh ketinggalan berbanding gaji minimum baharu RM1,700 yang bakal dikuatkuasakan tahun ini.