Sebar dakwah agama lain kepada umat Islam bertentangan Perlembagaan
Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga individu cuba menyebar risalah agama Kristian di tempat awam di Desa Setapak, di sini, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menegaskan perbuatan menyebarkan dakwah agama lain kepada umat Islam di negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Muftinya, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan, agama-agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada seseorang yang beragama Islam.
Iklan
Iklan
Luqman
"Setiap warga di negara ini perlu mematuhi undang-undang dan menghormati peruntukan perlembagaan iaitu Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, pihaknya memandang serius video tular beberapa individu didakwa cuba untuk menyebarkan ajaran Kristian di depan sebuah pasar raya di Desa Setapak.
Iklan
Ujar beliau, Jabatan Mufti WP menyokong penuh kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang meminta orang awam memberi ruang dan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci.
"Jabatan Mufti WP dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga sedang mengesan individu-individu yang terbabit dalam video berkenaan.
Iklan
"Kes disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau kebencian atas alasan agama," katanya.
Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berterima kasih kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumah, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Faizul Haika Mat Khazi
Bercakap di hadapan penyokong Najib yang setia menunggu di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya, Datuk Muhammad Nizar Najib berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Ahmah Khirrizal Ab Rahman kira-kira jam 10.40 malam Sabtu yang menyatakan bahawa Sultan Pahang berkenan mengeluarkan surat pengesahan terbabit.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com