Pusat hiburan dengan layanan tip RM5,000 GRO digempur
Iklan
JIM menahan 123 warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, pada Sabtu.
KUALA LUMPUR - Aktiviti pusat hiburan mewah dua tingkat yang menempatkan kelab malam dan karaoke KTV di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan layanan tip RM5,000 gadis pelayan pelanggan (GRO) terbantut selepas premis itu digempur, pada Sabtu.
Serbuan bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam itu dijalankan sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama JIM Melaka hasil risikan selama sebulan.
Iklan
Iklan
Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati seorang wanita warga Vietnam disyaki GRO bertindak melarikan diri dan menyorok di sebalik timbunan kain dan baju.
Seorang wanita cuba menyorok dalam timbunan kain berjaya dicekup pasukan operasi JIM.
Semasa ditahan, wanita itu merengek dan merayu agar tiada tindakan dikenakan terhadapnya selepas semakan dokumen mendapati dia sepatutnya bekerja dalam sektor pembersihan.
Iklan
Selain itu, tinjauan di beberapa bilik KTV menemui peralatan disyaki untuk menghisap dadah yang digunakan pengunjung.
Peralatan disyaki untuk menghisap dadah ditemui dalam bilik KTV yang diserbu JIM, pada Sabtu.
Bukan itu sahaja, terdapat seorang lelaki tempatan cuba mengganggu tugas pemeriksaan imigresen apabila mendakwa seorang wanita Thailand yang ditahan adalah isterinya.
Iklan
Namun, semakan nama yang diberikan oleh lelaki terbabit adalah tidak sama dengan dokumen milik wanita tersebut.
Wan Mohammed Saupee (kanan) menunjukkan kalung selempang yang digunakan sebagai tip bagi GRO di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.
Operasi selama tiga jam itu juga berdepan provokasi daripada beberapa individu apabila segelintir mereka itu mendakwa mengenali VIP kononnya dengan harapan agar wanita itu dilepaskan oleh pegawai operasi.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi selama tiga jam ini telah menahan 123 warga asing disyaki PATI terdiri daripada 54 lelaki serta 69 wanita.
"Mereka yang ditahan dipercayai pengunjung, pekerja selain majikan tempatan dan wanita terbabit disyaki GRO serta penari.
Antara wanita warga asing yang ditahan JIM dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Sabtu.
"Warga asing yang ditahan antaranya membabitkan warga China, Korea, Singapura, Vietnam, Thailand serta Sierra Leone," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan di sini.
Beliau berkata, pemeriksaan menemui kalung selempang yang dijadikan sebagai tip kepada GRO bernilai RM100 sehingga RM5,000 selain bayaran harga bilik KTV sekitar RM5,000 sehingga RM8,000.
Tambahnya, antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen sah, salah guna syarat pas dan tinggal lebih masa selain majikan yang melindungi serta menggajikan PATI.
Tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berterima kasih kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumah, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Faizul Haika Mat Khazi
Bercakap di hadapan penyokong Najib yang setia menunggu di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya, Datuk Muhammad Nizar Najib berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Ahmah Khirrizal Ab Rahman kira-kira jam 10.40 malam Sabtu yang menyatakan bahawa Sultan Pahang berkenan mengeluarkan surat pengesahan terbabit.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com