Amaran ribut petir, angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan

Iklan
MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 12 tengah hari ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Sabah, kawasan yang terlibat merangkumi Pedalaman (Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).

Iklan
Iklan

Di Sarawak pula, lokaliti terlibat merangkumi Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) manakala amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Labuan. - Bernama

Iklan
Iklan